SELAMAT DATANG KE FY ONLINE STORE --- PRODUK TERHANGAT MASA KINI! DAPATKAN 100% KOLAGEN MARIN ASLI --- ASLI DARIPADA SEMPORNA, SABAH --- PELBAGAI MANFAAT YANG BAIK UNTUK KESIHATAN DIRI ANDA --- DAPATKAN SEGERA! --- WELCOME TO FY ONLINE STORE --- HOT PRODUCTS ON SALE! GET YOUR 100% PURE MARINE COLLAGEN / SEA BIRD NEST --- SEMPORNA, SABAH MADE PRODUCTS --- AN ORGANIC SEAWEED --- GOOD FOR YOUR SKIN --- HELP TO IMPROVE YOUR HEALTH --- GET YOUR COLLAGEN NOW!

Monday 7 January 2013

SOALAN-SOALAN BERKENAAN DENGAN SABAH PURE MARINE COLLAGEN

FY Online Store | Monday, January 07, 2013 | 0Comments |
SOALAN :
Kalau orang mengandung boleh makan PMC?Kesannya bagaimana?

JAWAPAN : Boleh.Sangat digalakkan mengambil PMC untuk dapatkan nutrisi tambahan sambil menyihatkan badan dan mencantikkan diri.Malahan ia akan mencantikkan kulit bayi anda.

SOALAN : 

Saya sekarang mengandung dan tengah makan PMC tetapi muka saya masih berjerawat.Mengapa?

JAWAPAN : Ada dua kemungkinan.Pertama, 
kemungkinanan badan anda sedang mengeluarkan toksin kerana salah satu kesan penggunaan PMC adalah mennyahtoksik badan .Kedua, kemungkinan badan anda tidak memberi tindak balas terhadap PMC tetapi menyerapan PMC anda disalurkan kepada bayi anda. Kadangkala,apa yg si Ibu makan hasilnya tidak pada si ibu tetapi, pada si anak yang dikandung.


SOALAN :
Ibu yang sedang menyusukan anak boleh makan PMC ini?

JAWAPAN : Ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan mempunyai keperluan yang lebih tinggi bagi iodin.Linus Pauling Institute mengesyorkan 220 mcg iodin setiap hari semasa mengandung dan 290 mcg sehari semasa penyusuan. Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada kesihatan anda dan kesihatan anak anda.Penasihat penjagaan kesihatan anda boleh memberikan anda dengan cadangan tertentu.


SOALAN : 
Adakah kanak-kanak boleh makan PMC ini juga? 

JAWAPAN : Kanak-kanak antara umur 1 tahun dan 14 tahun memerlukan iodin kurang daripada bayi atau dewasa. Antara umur 1 tahun dan 8 tahun, kanak-kanak memerlukan 90 mcg iodin setiap hari untuk kekal sihat. Kanak-kanak antara 9 tahun dan 14 tahun memerlukan 120 mcg sehari. Bayi memerlukan tahap yang lebih tinggi iodin, walaupun mereka dengan mudah akan mendapatkan ini dari susu ibu, dengan mengandaikan ibu tidak kekurangan. Bayi memerlukan 110 mcg sehari antara kelahiran dan 6 bulan umur. Bayi antara 6 dan 12 bulan memerlukan 130 mcg setiap hari.


SOALAN : 
Saya dalam proses MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan PMC ini?

JAWAPAN : Ya.Ianya selamat dan disarankan untuk memakan PMC ini kerana PMC ini menstabilkan hormon bagi masalah yang dialami oleh sesetengah wanita yang sedang menopause.

SOALAN : 
Saya dapati PMC boleh menghilangkan masalah KEPUTIHAN?

JAWAPAN : Ya, itu adalah benar.PMC bersifat sebagai ANTIKUMAN dan ANTIBAKTERIA di mana ia mennyahtoksik badan dan menghilangkan semua masalah keputihan.

SOALAN : Apa beza PMC UNGU dengan PMC warna KUNING?

JAWAPAN : Khasiat pada PMC ungu dan kuning adalah sama kecuali PMC UNGU memiliki tinggi kandungan ANTIOKSIDAnya. Di mana ia bertindak sebagai agen penghalang radikal seperti pencemaran , habuk , asap rokok dan sebagainya.Ia juga bertindak sebagai agen awet muda.


SOALAN : 
Adakah khasiatnya bertukar sekiranya PMC dimakan atau diminum dengan bahan lain?

JAWAPAN : Tidak.Khasiat di dalam PMC tidak boleh bertukar dengan hanya ianya bercampur dengan bahan lain.Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.

SOALAN : 
Yang mana satu betul bagi kuantiti air untuk merebus PMC?Lain penjual saya tengok lain kuantiti air yang disarankan untuk rebus PMC.

JAWAPAN : Bagi saya semuanya betul.Rebuslah PMC mengikut kekentalan yang kamu inginkan.Ada pengguna lebih suka kenyal PMC , jadi kurangkan kuantiti airnya. Ada pengguna lebih suka cair , jadi lebihkan kuantiti air semasa merebus PMC.

SOALAN : 
Apa beza Pure Marine Collagen @ Kolagen Rumpai Laut Asli yg dijual ini dengan kolagen yang banyak di pasaran?

JAWAPAN : Pure Marine Collagen yang dijual ini dalam bentuk bahan mentah.Maksudnya ia adalah asli tanpa sebarang bahan campuran lain seperti produk kosmetik yang banyak bahan campuran seperti bahan perisa dan pewarna.

SOALAN : 
PMC ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?Atau ada tanda Halal?

JAWAPAN : Bagi saya PMC ini tidak perlu ada tanda halal atau kelulusan KKM. Seperti mana anda beli ikan masin kering , ianya masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM atau tanda halal sebab anda tahu ia halal dan untuk pastikan ia bersih anda perlu cuci sebersih-bersihnya untuk makan PMC.

SOALAN :
Semakin lama PMC disimpan kenapa ada kulat?

JAWAPAN : Yang putih-putih itu adalah garam atau iodin.Ia bersifat mengeluarkan garam kerana sifat semula jadinya yang berasal dari lautan. Semakin ia kering , semakin ia mengeluarkan banyak garam dan semakin ringan.

SOALAN : Kenapa ada pembekal yang jual PMC berat tidak mengikut jualan yang dipaparkan?

JAWAPAN : PMC semakin lama semakin mengeluarkan garam dan semakin kering. Semakin ia kering , ia sekali gus mengurangkan berat. Tidak hairanlah sekiranya pembekal mengirim barangan anda 1 kilogram, tetapi yang sampai ke tangan pelanggan adalah 9.80 kilogram.

SOALAN :
Saya telah makan PMC gred AAA selama 3 hari , tetapi buah dada saya dan Miss V saya berdenyut- denyut.Adakah ianya normal?

JAWAPAN : Ya, ia adalah normal. Setiap orang mempunyai sistem penerimaan badan yang berlainan. Sebenarnya anda sedang mendapat kesan pada menaikkan buah dada dan mengetatkan miss V.

SOALAN : 
Kenapa ada jenis RUMPAI LAUT yang kecil dan besar? Adakah ia tidak cukup matang semasa ditanam atau dipetik?
JAWAPAN : RUMPAI LAUT ada beberapa jenis spesisnya.Saiz PMC yang kecil ataupun besar ianya berkait rapat dengan jenis apa yang diternak oleh penternak rumpai laut tersebut.Bukan kerana tidak cukup matang semasa ianya dituai.

SOALAN : 
Kenapa lain penjual , lain warna rumpai laut / pure marine collagen / ibu kolagen? Sebagai contoh ada yang jual warna putih , ada yang jual warna kuning , ada yang jual warna coklat dan ada yang jual warna ungu.

JAWAPAN :  Rumpai Laut Kering / Pure Marine Collagen / Ibu Kolagen Gred AA (Putih / Kuning Muda / Coklat Muda / Kuning Emas)  ini adalah dari spesis yang sama iaitu Eucheuma Cottonii / Tambalang Brown Green.Sistem pengeringan rumpai laut yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari rumpai laut kering gred AAA  , kurang  60- 70% dari rumpai laut segar.Warna bertukar secara berperingkat - peringkat  atau fasa ke fasa bergantung kepada tahap kekeringan dan kelembaban cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering tersebut.

No comments:

Post a Comment

We sincerely apologize for the delay (if any) in replying your comments since we are a full-time employees. However we will try to reply/respond as soon as possible. Please always include your e-mail address so we can get in touch with you quickly and easily. Thank you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...