SELAMAT DATANG KE FY ONLINE STORE --- PRODUK TERHANGAT MASA KINI! DAPATKAN 100% KOLAGEN MARIN ASLI --- ASLI DARIPADA SEMPORNA, SABAH --- PELBAGAI MANFAAT YANG BAIK UNTUK KESIHATAN DIRI ANDA --- DAPATKAN SEGERA! --- WELCOME TO FY ONLINE STORE --- HOT PRODUCTS ON SALE! GET YOUR 100% PURE MARINE COLLAGEN / SEA BIRD NEST --- SEMPORNA, SABAH MADE PRODUCTS --- AN ORGANIC SEAWEED --- GOOD FOR YOUR SKIN --- HELP TO IMPROVE YOUR HEALTH --- GET YOUR COLLAGEN NOW!

Monday 31 December 2012

[Artikel Berita] Hasilan Rumpai Laut

Miss Farah | Monday, December 31, 2012 | 0Comments |

Penduduk luar bandar antara yang mendapat manfaat daripada projek pengkulturan rumpai laut.

Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru yang sedang dimajukan untuk memberi pendapatan kepada nelayan khususnya di Sabah.

Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) projek rumpai laut merupakan sebahagian daripada pembangunan industri akuakultur selain udang laut sebanyak 21 peratus, ikan laut (tujuh peratus), kerang-kerangan (50 peratus), lain-lain sebanyak satu peratus.
Industri rumpai laut disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau peratusan sumbangan sebanyak 21 peratus.

Memandangkan industri rumpai laut dilihat sebagai satu sumber ekonomi yang boleh membantu nelayan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan aktiviti pengkulturan rumpai laut.

Spesies utama yang dikultur ialah Eucheuma, iaitu sejenis spesies rumpai laut liar yang banyak terdapat di negeri Sabah.

Dua spesies utama ialah Eucheuma cottonii dan Eucheuma spinosum.

Spesies ini tumbuh dalam air tenang atau dalam air yang bergerak perlahan.
Eucheuma dipilih kerana berdasarkan kajian saintifik menunjukkan ia mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas biokimia dan bioteknologi.

Penyelidikan DR. Patricia Matanjun yang menghasilkan mi daripada rumpai laut.

Carrageenan merupakan produk yang diperoleh daripada rumpai laut yang banyak digunakan untuk pelbagai industri seperti farmaseutikal, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan serta peluru

Sebab itu LKIM pesat menjalankan projek pembangunan di Sabah bagi membantu nelayan di negeri tersebut dan tujuan akhirnya ialah mengeluarkan produk-produk berasaskan rumpai laut.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perikanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjudul Transformasi Industri Rumpai laut Negara, satu Jawatankuasa Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara telah dibentuk pada 2008 dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian.

Pada tahun yang sama, Jawatankuasa Teknikal Rumpai Laut dibentuk yang dipengerusikan oleh Jabatan Perikanan.

Kedua-dua jawatankuasa tersebut masing-masing bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju serta memantau dan menilai kemajuan program di peringkat nasional dan menilai cadangan program dan projek penyelidikan dan pembangunan termasuk industri hiliran dan huluan.

Jawatankuasa tersebut melibatkan beberapa institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi (IPTA) antaranya, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

UMS mengetuai bidang industri huluan yang turut dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah USM, Universiti Malaya (UM) dan UKM.

Bidang hiliran pula diketuai oleh oleh UKM dan dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah, UMS, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Sirim Berhad, UPM dan USM.

Pembangunan industri huluan antaranya melibatkan pewujudan mini estet, pengkuluturan spesies Glacilaria sp dalam kolam dan pengkulturan Gelidium sp secara on line manakala kumpulan hiliran membangunkan sektor pemprosesan rumpai laut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121217/ag_02/Hasilan-rumpai-laut#ixzz2GbBs4u2k
© Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments:

Post a Comment

We sincerely apologize for the delay (if any) in replying your comments since we are a full-time employees. However we will try to reply/respond as soon as possible. Please always include your e-mail address so we can get in touch with you quickly and easily. Thank you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...