VERSI MELAYU
Projek Penanaman Rumpai Laut di Semporna, Sabah
Daerah Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman
terbaik rumpai laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina
dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan
pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang
berwarna-warni.
Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz
besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah
kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini,
maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di
Malaysia.
Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi.
Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980.
Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di
Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini.
Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna.
Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan
yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah
mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan
Malaysia Ke-Sembilan. Jesteru
Daerah Semporna dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut
pada tahun 2010.
Rumpai laut merupakan bahan
asas untuk pembuatan sabun,
kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut
sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar
dari rumpai laut adalah 'carrageenan'.
Inilah bahan yang menjadi
penstabil makanan dan kosmetik. Snek rumpai-laut merupakan makanan yang lazat,
berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin, fosforus, kalsium, zat besi
dan vitamin. Selain itu terdapat juga makanan tempatan yang berasaskan rumpai
laut seperti 'acar rumpai
laut'dan ' isi udang
rumpai laut' yang mudah
dinikmati di restoran-restoran tempatan.
Anda boleh melihat sendiri kawasan penanaman rumpai laut di
perairan Semporna. Kebanyakkan pengendali pelancongan ada menyediakan pakej
lawatan di ladang-ladang ini. Sebagai alternatif, jika anda berjalan melawat
sekitar pasar ikan Semporna, anda mungkin terjumpa rumpai laut yang dijual oleh
orang-orang tempatan.
Projek penanaman rumpai laut merupakan usaha yang berimpak tinggi,
lumayan dan meningkatkan ekonomi penduduk Semporna. Banyak pihak dari dalam dan luar
negeri melabur dalam industri ini. Apa yang kurang hanyalah kilang
memproses rumpai laut yang setakat ini hanya ada 2 buah sahaja di Semporna.
Kedua-dua kilang ini hanya memproses secara asas terhadap bahan mentah tadi.
Tiada satupun kilang yang benar-benar wujud untuk memproses rumpai laut menjadi
produk akhir, produk katalis atau produk makanan komersil di Semporna.
Memandangkan potensi dan permintaan tinggi dari negara Jepun, Korea, Amerika
Syarikat dan China, maka pihak
berkuasa tempatan Semporna sangat mengalu-alukan bakal pelabur untuk menjayakan
industri ini supaya target
pengeluaran yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 berjaya.
==================================================
ENGLISH VERSION
Seaweed Plantation In Semporna, Sabah
Semporna is located near the world’s largest seaweed producing
areas, a vast ocean area include that of Southern Philippines and Northern
Sulawesi of Indonesia. The ocean provides eatable seaweed, abundant fish for us
to eat. High quality cultivated seaweeds are grown in clear blue sea at Sipadan
island off Semporna Town. Seaweed culture in Semporna started in the late
1970s. A priority of the Department of Fisheries Sabah as a supplementary
income-generating activity among the fishing communities in Semporna.
A demonstration farm was set up on Sebangkat reef top in 1980. Today many
fishermen have involved in seaweed farming of Euchema cottonii because it
provides a higher income compared to fishing. Culture plots are found mostly on
the extensive ‘reef top platform’ to the north of Sebangkat and Selakan.
Seaweed Farming is an alternative livelihood for the fisherman in
Semporna. Fishing communities now can earn extra income by growing seaweed for
sale to processing plants in Sabah. In the wet markets of Semporna one can find
two slimy type of seaweeds on sale, one type is yellowish, the other is dark
green seaweed on stalks with round buds. Both are called rumpai laut by the
local.
Carrageenan extracted from the seaweed is used as a stabilizer in food and
cosmetics. Natural seaweed are processed into snacks such as seaweed crackers.
Among all natural health foods, seaweed contains the highest amount of protein
without any cholesterol. It is suitable for all ages.
High protein vegetable
seaweed are called "vegetable for longevity" which contains high
contents of protein, iodine, phosphorus, calcium, iron and vitamins. Seaweeds
are delicious, high in iron, calcium and vitamin A. Seaweed Prawn Dumpling is
now a new favorite among the West Malaysian visitors. You can find this special
menu in Semporna.
Department of Fisheries provided manual on seaweed farming. This manual, in
Bahasa Malaysia and Bajau, made easy the farming method by illustration in
cartoon drawings and step by step instructions.
Under the 9th Malaysia Plan (9MP), Sabah is to produce 250,000 metric tones of
seaweed by the year 2010.
The seaweed culture project in Semporna has become an income generator for the
locals and is helping to enhance Semporna district's economy as the leading
seaweed producer in Sabah. In this district the seaweed culture project has
already been implemented in Pulau Selakan, Kerindingan, Bum-Bum, Sebangkat,
Sibuan, Pababag and Omadal.
SUMBER : http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/seaweed.html
Dapatkan kolagen anda hari ini dengan harga yang sangat berpatutan! Mudah disediakan dan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan anda!
100% PURE MARINE COLLAGEN GRED AAA [UNGU]
1 UNIT = 100 GRAM
KOD PEMBELIAN : PMC PURPLE
HARGA PROMOSI RM 16 PER UNIT
100% PURE MARINE COLLAGEN GRED AA [GOLD YELLOW]
1 UNIT = 100 GRAM
KOD PEMBELIAN : PMC YELLOW
HARGA PROMOSI RM 14 PER UNIT
==============================================
Ingin menjadi Pengedar ataupun belian secara borong? Sila e-mail kami di fy.onlinestore@gmail.com untuk maklumat lanjut!