SELAMAT DATANG KE FY ONLINE STORE --- PRODUK TERHANGAT MASA KINI! DAPATKAN 100% KOLAGEN MARIN ASLI --- ASLI DARIPADA SEMPORNA, SABAH --- PELBAGAI MANFAAT YANG BAIK UNTUK KESIHATAN DIRI ANDA --- DAPATKAN SEGERA! --- WELCOME TO FY ONLINE STORE --- HOT PRODUCTS ON SALE! GET YOUR 100% PURE MARINE COLLAGEN / SEA BIRD NEST --- SEMPORNA, SABAH MADE PRODUCTS --- AN ORGANIC SEAWEED --- GOOD FOR YOUR SKIN --- HELP TO IMPROVE YOUR HEALTH --- GET YOUR COLLAGEN NOW!
Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Rumpai Laut - Kenali Jenis-Jenis dan Produk yang Boleh Diperbuat Daripada Rumpai Laut

Miss Farah | Monday, December 31, 2012 | 1Comments |


RUMPAI LAUT


Eucheuma adalah sejenis sepsis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunujukkan eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi.

Jenis-jenis Rumpai Laut

Eucheuma Cottonii dan Euchuema Spinosunm adalah dua jenis runpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottonii tidak. Rumpai laut adalah salah satu tumbuhan yang bernilai tinggi di bawah air laut atau sungai di dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis tumbuhan di laut.
 
Rumpai laut adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan nutrients. Kita boleh mendapatkan nutrients dalam sayuran atau rumpai laut ini. Rumpai laut telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan boleh diternakkan buat masa kini. Sayur laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut. Rumpai ini menghasilkan pelbagai dari bioactive compounds untuk digunakan dalam perubatan, cosmetic dan juga dalam makanan sebagai stabilizer, preservatives dan agar-agar.
 
Produk dari Rumpai Laut 

Carrageenan adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industry seperti pharmaceutical, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


Sumber: http://www.lkim.gov.my/seaweed3


[Artikel Berita] Hasilan Rumpai Laut

Miss Farah | Monday, December 31, 2012 | 0Comments |

Penduduk luar bandar antara yang mendapat manfaat daripada projek pengkulturan rumpai laut.

Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru yang sedang dimajukan untuk memberi pendapatan kepada nelayan khususnya di Sabah.

Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) projek rumpai laut merupakan sebahagian daripada pembangunan industri akuakultur selain udang laut sebanyak 21 peratus, ikan laut (tujuh peratus), kerang-kerangan (50 peratus), lain-lain sebanyak satu peratus.
Industri rumpai laut disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau peratusan sumbangan sebanyak 21 peratus.

Memandangkan industri rumpai laut dilihat sebagai satu sumber ekonomi yang boleh membantu nelayan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan aktiviti pengkulturan rumpai laut.

Spesies utama yang dikultur ialah Eucheuma, iaitu sejenis spesies rumpai laut liar yang banyak terdapat di negeri Sabah.

Dua spesies utama ialah Eucheuma cottonii dan Eucheuma spinosum.

Spesies ini tumbuh dalam air tenang atau dalam air yang bergerak perlahan.
Eucheuma dipilih kerana berdasarkan kajian saintifik menunjukkan ia mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas biokimia dan bioteknologi.

Penyelidikan DR. Patricia Matanjun yang menghasilkan mi daripada rumpai laut.

Carrageenan merupakan produk yang diperoleh daripada rumpai laut yang banyak digunakan untuk pelbagai industri seperti farmaseutikal, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan serta peluru

Sebab itu LKIM pesat menjalankan projek pembangunan di Sabah bagi membantu nelayan di negeri tersebut dan tujuan akhirnya ialah mengeluarkan produk-produk berasaskan rumpai laut.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perikanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjudul Transformasi Industri Rumpai laut Negara, satu Jawatankuasa Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara telah dibentuk pada 2008 dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian.

Pada tahun yang sama, Jawatankuasa Teknikal Rumpai Laut dibentuk yang dipengerusikan oleh Jabatan Perikanan.

Kedua-dua jawatankuasa tersebut masing-masing bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju serta memantau dan menilai kemajuan program di peringkat nasional dan menilai cadangan program dan projek penyelidikan dan pembangunan termasuk industri hiliran dan huluan.

Jawatankuasa tersebut melibatkan beberapa institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi (IPTA) antaranya, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

UMS mengetuai bidang industri huluan yang turut dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah USM, Universiti Malaya (UM) dan UKM.

Bidang hiliran pula diketuai oleh oleh UKM dan dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah, UMS, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Sirim Berhad, UPM dan USM.

Pembangunan industri huluan antaranya melibatkan pewujudan mini estet, pengkuluturan spesies Glacilaria sp dalam kolam dan pengkulturan Gelidium sp secara on line manakala kumpulan hiliran membangunkan sektor pemprosesan rumpai laut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121217/ag_02/Hasilan-rumpai-laut#ixzz2GbBs4u2k
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Saturday, 29 December 2012

[Artikel Berita] Projek Penanaman Rumpai Laut

FY Online Store | Saturday, December 29, 2012 | 2Comments |

VERSI MELAYU

Projek Penanaman Rumpai Laut di Semporna, Sabah

Daerah Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni.  
Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di Malaysia. 
Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna. 
Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Jesteru Daerah Semporna dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut pada tahun 2010.
Rumpai laut merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari rumpai laut adalah 'carrageenan'. 
Inilah bahan yang menjadi penstabil makanan dan kosmetik. Snek rumpai-laut merupakan makanan yang lazat, berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin, fosforus, kalsium, zat besi dan vitamin. Selain itu terdapat juga makanan tempatan yang berasaskan rumpai laut seperti 'acar rumpai laut'dan ' isi udang rumpai laut' yang mudah dinikmati di restoran-restoran tempatan.
Anda boleh melihat sendiri kawasan penanaman rumpai laut di perairan Semporna. Kebanyakkan pengendali pelancongan ada menyediakan pakej lawatan di ladang-ladang ini. Sebagai alternatif, jika anda berjalan melawat sekitar pasar ikan Semporna, anda mungkin terjumpa rumpai laut yang dijual oleh orang-orang tempatan.
Projek penanaman rumpai laut merupakan usaha yang berimpak tinggi, lumayan dan meningkatkan ekonomi penduduk Semporna. Banyak pihak dari dalam dan luar negeri melabur dalam industri ini. Apa yang kurang hanyalah kilang memproses rumpai laut yang setakat ini hanya ada 2 buah sahaja di Semporna.  
Kedua-dua kilang ini hanya memproses secara asas terhadap bahan mentah tadi. Tiada satupun kilang yang benar-benar wujud untuk memproses rumpai laut menjadi produk akhir, produk katalis atau produk makanan komersil di Semporna. 
 Memandangkan potensi dan permintaan tinggi dari negara Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan China, maka pihak berkuasa tempatan Semporna sangat mengalu-alukan bakal pelabur untuk menjayakan industri ini supaya target pengeluaran yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 berjaya.

 ==================================================

ENGLISH VERSION

Seaweed Plantation In Semporna, Sabah

Semporna is located near the world’s largest seaweed producing areas, a vast ocean area include that of Southern Philippines and Northern Sulawesi of Indonesia. The ocean provides eatable seaweed, abundant fish for us to eat. High quality cultivated seaweeds are grown in clear blue sea at Sipadan island off Semporna Town. Seaweed culture in Semporna started in the late 1970s. A priority of the Department of Fisheries Sabah as a supplementary income-generating activity among the fishing communities in Semporna. 

A demonstration farm was set up on Sebangkat reef top in 1980. Today many fishermen have involved in seaweed farming of Euchema cottonii because it provides a higher income compared to fishing. Culture plots are found mostly on the extensive ‘reef top platform’ to the north of Sebangkat and Selakan. 

Seaweed Farming is an alternative livelihood for the fisherman in Semporna. Fishing communities now can earn extra income by growing seaweed for sale to processing plants in Sabah. In the wet markets of Semporna one can find two slimy type of seaweeds on sale, one type is yellowish, the other is dark green seaweed on stalks with round buds. Both are called rumpai laut by the local. 

Carrageenan extracted from the seaweed is used as a stabilizer in food and cosmetics. Natural seaweed are processed into snacks such as seaweed crackers. Among all natural health foods, seaweed contains the highest amount of protein without any cholesterol. It is suitable for all ages. 

High protein vegetable seaweed are called "vegetable for longevity" which contains high contents of protein, iodine, phosphorus, calcium, iron and vitamins. Seaweeds are delicious, high in iron, calcium and vitamin A. Seaweed Prawn Dumpling is now a new favorite among the West Malaysian visitors. You can find this special menu in Semporna.  

Department of Fisheries provided manual on seaweed farming. This manual, in Bahasa Malaysia and Bajau, made easy the farming method by illustration in cartoon drawings and step by step instructions.  

Under the 9th Malaysia Plan (9MP), Sabah is to produce 250,000 metric tones of seaweed by the year 2010.  

The seaweed culture project in Semporna has become an income generator for the locals and is helping to enhance Semporna district's economy as the leading seaweed producer in Sabah. In this district the seaweed culture project has already been implemented in Pulau Selakan, Kerindingan, Bum-Bum, Sebangkat, Sibuan, Pababag and Omadal. 

SUMBER : http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/seaweed.html


Dapatkan kolagen anda hari ini dengan harga yang sangat berpatutan! Mudah disediakan dan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan anda!








100% PURE MARINE COLLAGEN GRED AAA [UNGU] 

1 UNIT = 100 GRAM
KOD PEMBELIAN : PMC PURPLE


HARGA PROMOSI RM 16 PER UNIT 



 100% PURE MARINE COLLAGEN GRED AA [GOLD YELLOW] 

1 UNIT = 100 GRAM
KOD PEMBELIAN : PMC YELLOW


HARGA PROMOSI RM 14 PER UNIT

==============================================

Ingin menjadi Pengedar ataupun belian secara borong? Sila e-mail kami di fy.onlinestore@gmail.com untuk maklumat lanjut!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...